Wednesday 3 February 2016

PENGENALAN




ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dengan izin Allah saya dan sahabat dapat menyiapkan blog ini untuk bacaan anda semua. Saya Mohd Hisham Aizad Bin Sabli  bersama sahabat-sahabat saya iaitu Mohd Khairul Akmal Bin Hasrin,Abu Bakar Fakhrur Razi Bin Omar dan Denish Kumar  A/L Mahalenggam yang sama-sama menuntut di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,Kulim,Kedah. Di sini kami diberi tugasan untuk mencari dan mendalami tajuk yang diberi iaitu 'Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu' oleh pensyarah kami iaitu Puan Asmah Mohd Subari@Surman yang mengajar subjek Pengajian Malaysia. Maka tercetuslah penulisan ini dalam bentuk blog. In Shaa Allah semoga blog ini dapat menjadi rujukan dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih berfikiran terbuka dalam mengenali negara kita ini,bukan sahaja di serantau malah di dunia In Shaa Allah.

PENUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)


PENGENALAN PBB

Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di Amerika Syarikat . 

Kini, bilangan negara anggota PBB ialah 191 buah negara; negara terakhir yang menyertai PBB ialah Timur –Leste pada 27 September 2002.


Ibu pejabat PBB terletak di New York, Amerika Syarikat. 


Keanggotaan PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dan bersetuju untuk menerima Piagam PBB.

OBJEKTIF PBB

Perjuangan untuk meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, dan sosial.

STRUKTUR PERTUBUHAN BANGSA- BANGSA BERSATU PERHIMPUNAN AGUNG

Perhimpunan Agung badan terbesar PBB kerana dihadiri wakil-wakil semua negara anggota PBB .

Perhimpunan Agung diadakan setahun sekali untuk membahaskan segala hal yang berhubung dengan matlamat PBB


MAJLIS KESELAMATAN

Majlis Keselamatan badan yang terpenting dalam PBB.
Majlis Keselamatan memainkan peranan yang berikut :
  •  menjaga dan megekalkan keamanan serta keselamatan antarabangsa , iaitu bertumpu pada penyelesaian politik antarabangsa
  •  menghentikan pencerobohan oleh sesebuah negara atau kuasa asing terhadap negara lain .

Majlis Keselamatan terdiri daripada 15 anggota , iaitu 5 anggota tetap dan 10 anggota tidak tetap .

Anggota-angota tetap Majlis Keselamatan ialah Amerika Syarikat , Rusia , United Kingdom, Perancis dan China ; setiap anggita tetap itu mempunyai kuasa veto.

Anggota-anggota tidak tetap Majlis Keselamatan dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk berkhidmat selama satu penggal ( dua tahun ).


Malaysia pernah menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan bagi tempoh 1965-1966,1989-1990, dan 1999-2000 .

SEKRETARIAT

Sekretariat menjalankan kerja-kerja harian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Tugas-tugas secretariat termaksud :

  •  Mentadbir operasi pengaman ;
  •  Menjadi pengantara dalam pertikaian antarabangsa ;
  •  Meninjau masalah dan trend ekonomi dan sosial ;
  •  Mengelolakan persidangan antarabangsa tentang isu- isu dunia ;


Sekretariat diketua oleh setiausaha Agung PBB yang dipilih oleh Perhimpunan Agung atas cadangan Majlis Keselamatan .

Sekretariat diketua oleh setiausaha Agung PBB yang dipilih oleh Perhimpunan Agung atas cadangan Majlis Keselamatan .


Tempoh perkhidmatan setiausaha Agung PBB ialah lima tahun dan tempoh itu boleh diperbaharu




Senarai Setiausaha Agung PBB adalah seperti yang berikut :

  •  Trygve Lie dari Sweden (1946-1952)
  •  Dag Hammarskjold dari Norway (1952-1961)
  •  U Thant dari Burma (1961-1971)
  •  Kurt Waldheim dari Austria (1971-1982)
  •  Javier Perez de Cuellar dari Peru (1982-1991)
  •  Boutros Boutros Ghali dari Mesir (1991-1996)
  •  Kofi Annam (1996-kini)

MAHKAMAH JENAYAH ANTARABANGSA (ICC)

Mahkamah jenayah antarabangsa (ICC) ialah mahkamah antarabangsa kekal yang pertama ditubuhkan untuk ,mengadili jenayah antarabangsa yang serius .

Bidang kuasa dan fungsi ICC tertakluk kepada statut Rom ynag berkuat kuasa pada 1 Julai 2002.


Sesiapa yang melakukan sebarang jenayah yang terkandung dalam statut Rom selepas tarikh tersebut boleh didakwa oleh ICC .


ICC akan mengadili jenayah yang paling serius yang mempegaruhi masyarakat antarabangsa seperti :

    •  jenayah pembunuhan kaum beramai-ramai.
    •  jenayah terhadap kemanusiaan seperti pembunuhan ,penghambaan dan penyeksaan .
    •  jenayah perang seperti pembunuhan dengan niat, penyeksaan ,dan layanan tidak berperikemanusiaan .
    •  jenayah pencerobohan ketenteraan .

      ICC berkuasa untuk menjatuhakn hukuman penjara atau hukuman mati terhadap pesalah.