Wednesday 3 February 2016

STRUKTUR PERTUBUHAN BANGSA- BANGSA BERSATU PERHIMPUNAN AGUNG

Perhimpunan Agung badan terbesar PBB kerana dihadiri wakil-wakil semua negara anggota PBB .

Perhimpunan Agung diadakan setahun sekali untuk membahaskan segala hal yang berhubung dengan matlamat PBB


MAJLIS KESELAMATAN

Majlis Keselamatan badan yang terpenting dalam PBB.
Majlis Keselamatan memainkan peranan yang berikut :
  •  menjaga dan megekalkan keamanan serta keselamatan antarabangsa , iaitu bertumpu pada penyelesaian politik antarabangsa
  •  menghentikan pencerobohan oleh sesebuah negara atau kuasa asing terhadap negara lain .

Majlis Keselamatan terdiri daripada 15 anggota , iaitu 5 anggota tetap dan 10 anggota tidak tetap .

Anggota-angota tetap Majlis Keselamatan ialah Amerika Syarikat , Rusia , United Kingdom, Perancis dan China ; setiap anggita tetap itu mempunyai kuasa veto.

Anggota-anggota tidak tetap Majlis Keselamatan dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk berkhidmat selama satu penggal ( dua tahun ).


Malaysia pernah menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan bagi tempoh 1965-1966,1989-1990, dan 1999-2000 .

No comments:

Post a Comment